Oleh : Dr ZubirYahya
Pencetus Program Penanaman Stevia Yang Pertama Di Malaysia.
Satu tindakan yang pantas hendaklah dilaksanakan atas inisiatif masing-masing supaya tidak membiarkan halaman rumah dan tanah mereka dihuni semak samun dan belukar.Tanah yang terbiar boleh mendatangkan banyak kebaikan dan kelebihan sekiranya diusahakan secara berperingkat serta mampu mendatangkan pendapatan sampingan yang sungguh lumayan.
Satu kajian telah dijalankan secara rambang kenapa berlakunya masalah tanah yang terbiar dan hasil kajian yang diperolehi adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan diantaranya ialah ;
Tiada yang berminat untuk mengusahakan tanah tersebut.
Tiada modal bagi memulakan aktiviti pertanian ataupun perternakan.
Tiada kemahiran untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan
Tiada kepakaran untuk menjalankan perniagaan yang berkaitan pertanian atau yang berkaitan tentang aktiviti yang diceburi.
Terdapat juga masalah “give-up” yang berlaku keatas ramai pengusaha selepas beberapa kali mengusahakan aktiviti pertanian atau penternakan di atas tanah tersebut disebabkan oleh kegagalan pembeli untuk membeli hasil yang telah dikeluarkan oleh pengusaha tersebut sebagaimana ianya telah berlaku di dalam projek penanaman serai,penternakan cacing,pembiakan lintah,penternakan ikan dan lain-lain lagi yang tidak dihebahkan tetapi telah berlaku musibah buruk kepada pengusaha sehingga melibatkan kerugian puluhan ribu dan ada yang menanggung kerugian sehingga ratusan ribu.
Faktor geografi tanah juga menyumbang sedikit factor penyebab kenapa terdapatnya tanah yang dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti pertanian ataupun penternakan. Masalah sistem saliran yang tidak teratur adalah penyebab kenapa berlakunya banyak sawah-sawah yang terbiar begitu sahaja tanpa ada apa-apa aktiviti yang berfaedah.
Tanah terbiar yang dimaksudkan juga merangkumi keluasan tanah yang bukan sahaja pada spesifikasi yang besar tetapi ianya juga meliputi dengankeluasan yang minima seperti di halaman rumah atau pun yang terdapat disekitaran rumah kediaman.
Ramai dikalangan kita hanya membiarkan semaksamun,lalang serta rumput panjang tumbuh subur membiak bukan sahaja mendatangkan pemandangan yang tidak enak tetapi bakal mengundang pembiakan kehidupan liar dikawasan tanah tersebut dan ianya amat membahayakan.
Pelbagai pihak samada individu atau pun agensi kerajaan dan swasta yang menjadi pemilik sah atas tanah-tanah terbiar tersebut hendaklah memulakan satu langkah drastic supaya keluasan tanah yang terbiar tersebut hendaklah dimanfaatkan dan mampu menyumbang pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara sistematik.
Pihak Megaherbs Bioextreme yang menjadi peneraju penanaman pokok Stevia,iaitu sejenis pokok yang menghasilkan manisan semanis gula ini telah mengambil inisiatif sendiri dengan member latihan dan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan penanaman pokok stevia di Malaysia.
Sebagai tumbuhan yang boleh menggantikan gula ianya juga mampu merawat masalah penyakit utama seperti kencingmanis,kegemukan,masalah kulit dan lain-lain lagi. Justeru itu bidang penanaman pokok stevia ini mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan secara bersungguh-sungguh dan bukan sekerat jalan.
"Terdapat 2 jenispengusaha yang kami cari,iaitu yang ingin mengusahakan penanaman Stevia dihalaman rumah dan pengusaha yang ingin mengusahakan penanaman Stevia secara skala besar sehingga keluasan minima 0.5 ekar” menurut Dr ZubirYahya/Pengasas Megaherbs Bioextreme
Menerusi Program Pembangunan Usahawan Stevia,Megaherbs mengalukan seluruh rakyat Malaysia yang memiliki tanah seminima 5x 10 kaki persegi untuk memulakan aktiviti penanaman Stevia.
Pengusaha tidak perlu berbelanja besar bagi memulakan projek penanaman pokok Stevia ini kerana ianya amat mudah diusahakan kerana tanaman pokok Stevia ini juga boleh diusahakan dilaman-laman rumah. Bagi mereka yang memiliki kawasan tanah terbiar yang luas penanaman ini boleh dilakukan secara berjadual dan secara purata bagi keluasan tanah seluas 1 ekar pihak Megaherbs boleh mencadangkan sebanyak 5000 hingga 10,000 anak pokok ditanam dan ianya akan mendatangkan keuntungan yang amat menguntungkan bagi pengusaha.
Agensi-agensi kerajaan,persatuan,koperasi serta pengusaha yang berminat untuk tidak membiarkan tanah-tanah milik mereka terbiar tanpa diusahakan bolehlah menghubungi pihak Megaherbs Bioextreme untuk berbincang bagaimana boleh mengusahakan penanaman pokok Stevia ini.
Megaherbs bersedia memberi khidmat kepakaran ,latihan dan pemasaran manakala agensi kerajaan,swasta,pengusaha hanya perlu menyediakan tanah untuk diusahakan.
Beberapa pakej penanaman yang baru diperkenalkan menerusi program Pembangunan Usahawan Stevia 2011 iaitu;
Pakej(1) : Rakan Niaga Rumah Stevia (RNRS)
Terbuka kepada usahawan yang ingin mengusahakan penanaman Stevia di halaman rumah.
Keluasan miniman yang diperlukan hanya 5 x 10 kaki persegi.
Pakej (2) :Rakan Niaga Ladang Stevia(RNLS)
Terbuka kepada usahawan yang ingin mengusahakan penanaman Stevia secara skala besar dengan keluasan minima 0.5 ekardiperlukan.
Kos bagi menyertai pakej(1) –RNRS adalahsebanyak RM3000
Kos bagi menyertai pakej(2) –RNLS adalahsebanyak RM50,000
MEGAHERBS MENAWARKAN DISKAUN 50% KEPADA SEMUA USAHAWAN YANG MEMBUAT PENDAFTARAN SEBELUM 31 OGOS 2011.
Tahukah anda kenapa penanaman pokok Stevia itu amat menguntungkan?
Setiap pengusaha akan diajar membuat anak benih Stevia .Pengusaha mampu menjana pendapatan dari jualan anak benih baru sebanyak RM2500 setiap bulan.
Pokok Stevia yang telahberusia 3 bulan dikira sebagai Pokok Induk dan mempunyai nilai dipasaran mencecah RM80 sebatang.Pengusaha boleh membiakkan 1000 anak pokok untuk dijadikan pokok induk dan menjana pendapatan sehingga RM80,000.
Daun Stevia yang telah dikeringkan juga mempunyai nilai yang tinggi dipasaran dan ianya mencecah RM40 sekilogram kerana permintaan dari pengilang yang berterusan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program Pembangunan Usahawan Stevia Megaherbs ini boleh juga berdaftar di ibu pejabat Megaherbs Bioextreme;
Ibu Pejabat;
No 36-3 ,BlockG, Platinum Walk
No 2 Jalan Langkawi
Danau Kota,
53300 Setapak, Kuala Lumpur
Tel: 03 41436878 / 79 Fax- 03-41436959
Atau menghubungi DrZubir Yahya di;
0172897118
Pihak Megaherbs Bioextreme amat mengalukan usahawan-usahawan yang berminat untuk mengikuti kursus penanaman Stevia yang bakal diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 17 / 18/ 19 /20 September 2011 bertempat di 4 lokasi berikut;
Zon Tengah (Kuala Lumpur/Selangor )
|
17/9/2011 - Pusat Latihan Paya Jaras, Sg Buloh
|
Zon Selatan (Melaka/N9/Johor )
|
18/9/2011 - Pusat Latihan Ayer Itam, Johor
|
Zon Utara (Perak/P.Pinang/Kedah/Perlis)
|
18/9/2011 - Pusat Latihan Changkat Jering/ Taiping Perak.
|
Zon Timur (Pahang/Terengganu/Kelantan)
|
17/9/2011 - Pusat Latihan Paka Terengganu.
|
Kepada yang berminat dan serius untuk menjadi usahawan Stevia Megaherbs boleh menghantarkan butiran anda dengan segera secara sms;
Nama /Alamat penuh/ pilihan pakej anda dan sms ke Dr Zubir (0172897118)
Contoh;
Azmi Ahmad <> No 363 Danau Kota Setapak,53500 KL <>Pakej 1(RNRS)
Pihak Megaherbs juga amat mengalukan agensi-agensi kerajaan,koperasi-koperasi dan persatuan-persatuan supaya menjadikan bidang penanaman Stevia sebagai satu cabang keusahawanan kerana ianya mampu member pulangan yang besar kepada institusi tersebut selain daripada ianya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai golongan lain seperi ibu tunggal, pesara dan lain-lain lagi. Pihak kami juga bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Sekian.