Friday, October 7, 2011

Sepetang bersama Dr Zubir Yahya

Dr Zubir Bin Yahya - Nama yang tidak asing lagi didalam industri penanaman stevia di Malaysia. Anak kelahiran Gombak ini memberikan sinar baru kepada industri stevia di Malaysia dengan memperkenalkan program penanaman Stevia komersil malaysia.

Beliau yang juga Presiden Megaherbs Bioextreme yang merupakan peneraju bagi penanaman stevia bagi ladang berskala kecil dan sederhana sehingga kini, telah membuka peluang kepada 200 Rakan niaga stevia di seluruh negara bagi menceburi perniagaan berasaskan Stevia.

Dr Zubir Yahya berkelulusan PhD didalam bidang Pembangunan Keusahawanan, telah pun berkahwin dengan Dr Zaliza Zain, seorang Doktor Pergigian yang sering kelihatan membantu beliau didalam usaha Dr Zubir mengembangkan lagi industri Stevia di Malaysia.

Melihat Peluang.

Bermula daripada kesedaran betapa bahayanya penggunaan gula yang menjadi salah satu diantara penyebab penyakit diabetis yang merupakan satu diantara penyakit tiga serangkai pembunuh utama di Malaysia. Dr Zubir Yahya memulakan tekad untuk mengembangkan industri stevia di Malaysia sebagai salah satu diantara pengganti kepada gula.

“Stevia merupakan suatu keajaiban kurniaan Allah S.W.T yang seharusnya dikongsikan bersama sama setiap rakyat Malaysia. Tiada sebarang pemanis asli yang dapat menggantikan kemanisan yang dibawa Stevia”

Pengalaman melihat bapa dan bapa mertua beliau sendiri yang telah menjadi pesakit Diabetes sehingga bapanya sendiri diserang strok akibat dari penyakit diabetes menjadikan beliau begitu komited untuk memulakan langkah bagi mengembangkan industri Stevia kepada penduduk di Malaysia yang mana berasal dari Amerika Selatan.

“Setelah melihat bapa saya sendiri yang menghidapi penyakit kencing manis diserang strok, saya telah bertekad untuk memperkenalkan industri Stevia di Malaysia kerana kebanyakan rakyat dinegara ini masih belum mengenali keajaiban yang dibawakan oleh tumbuhan ini”.

Pembangunan Modal insan.

Beliau yang juga merupakan penulis buku “ Empayar Minda Melayu di Alaf Baru ” dan juga Presiden United Zone Resources ,sebuah syarikat Pengandali Latihan Bertauliah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyifatkan apa yang dilakukannya pada ketika ini merupakan suatu tanggung jawab untuk membentuk masyarakat yang sihat dan gembira.

“Untuk negara kita mencapai kekuatan seperti kebanyakan negara maju lain didunia, kita memerlukan masyarakat yang bebas penyakit dan gembira”

Diatas harapan dan kepercayaan dengan latihan dan tunjuk ajar yang berterusan dapat mengembangkan modal insan didalam industri stevia. Dr Zubir menggunakan kepakaran yang beliau miiki didalam melatih usahawan untuk membentuk satu komuniti pintar pengusaha Stevia dikalangan pekebun kecil di negara ini dengan latihan yang bersistematik serta disiplin yang berterusan.

“Dengan pembangunan modal insan menerusi perkongsian maklumat dan juga latihan yang berterusan saya yakin bahawa industri Stevia akan berkembang pesat di Malaysia”.

Pengalaman Dr Zubir sendiri yang telah pun bekerja di sebuah syarikat jepun belasan tahun yang lalu memberikan inspirasi kepada beliau betapa denga latihan dan tunjuk ajar dan proses amali yang berterusan tanpa sebarang rasa jemu akhirnya dapat membuahkan hasil yang lumayan.

Berdiri di belakang Dr Zubir ialah satu pasukan yang sentiasa terlatih, bersedia dan komited didalam membantu mengembangkan industri Stevia, daripada warga pemasaran , penyelidikan , logistik dan juga perkhidmatan pelanggan. Dengan tunjuk ajar yang berterusan , dapat membantu kepada para pengusaha untuk manjana pendapatan.

Masa hadapan Industri Stevia yang cerah

Masa depan tanaman Stevia cerah kelihatan untuk pasaran tempatan dimana Stevia baru sahaja menguasai 5% pasaran kegunaan domestik. Berbanding dengan Jepun yang te;lah mencapai 75% penggunaan Stevia.

“Di negara jepun , pelbagai aplikasi stevia yang telah digunakan , dan lihatlah masyarakat jepun sendiri bagaimana mereka dapat mengekalkan tahap kesihatan mereka. Perkara ini yang menjadikan saya mahu membawa stevia kepada setiap rakyat Malaysia untuk menggantikan penggunaan pasir biasa kepada Stevia”.

Dengan kepelbagaian penggunaan Stevia yang meluas membolehkan penggunaan stevia didalam perbagai masakan seperti kek. Biskut roti dan konfeksioneri dan pelbagai pemanis mulut seperti agar agar, jeli dan minuman jus. Daripada padangan visi, beliau melihat penggunaan stevia sebagai pemanis akan mendominasi penggunaan gula di Malaysia didalam jangkamasa 15 tahun akan datang.

“Saya yakin didalam tempoh 15 tahun lagi , kita akan mengubah penggunaan gula seperti yang adapada hari ini kepada Stevia. Negara Jepun pun memerlukan 30 tahun untuk mengembangkan industri stevia mereka” .

Laman Stevia.

Melihatkan Kepada konsep laman herba yang kian mendapat tempat di Malaysia, serta kekurangan bekalan stevia yang berterusan, Megaherbs Bioextreme kini menawarkan kepada mereka yang tinggal dikawasan urban untuk menjana pendapatan dengan menyertai program Rakan Niaga Rumah Stevia. Dengan keperluan kawasan yang minimum , hanya memerlukan kawasan dibelakang rumah mahupun dikawasan laman rumah dapat digunakan untuk proses kultivasi serta panghasilan benih Stevia.

Dengan dibekalkan dengan 50 anak pokok, serta pembajaan permulaan memberi peluang kepada mana mana pihak untuk memulakan penanaman stevia dilaman rumah dengan menggunakan pasu ataupun polibeg. Ini memberi peluang kepada para pencinta tanaman hijau untuk menikmati kesegaran Stevia setiap hari disamping menjana pendapatan sampingan melalui proses pembiakan anak benih Stevia baru.

“Kami mengharapkan rakyat Malaysia dapat mengambil peluang untuk bersama sama kami didalam usaha untuk mengurangkan pesakit yang menderita penyakit diabetes yang berkaitan dengan Stevia”.

6 comments:

Hj Omar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
blog said...
This comment has been removed by the author.
hanif-ui2u said...

saya da masuk 2 pakej Dr. Zubir ni.. pakej yg pertama RM 1500... 1st payment da dpt.. 2nd payment da lebih 4 bulan,, x dapat2... call office x pernah di angkat.. sblum masuk macam2 dia org cakap,, payment on time,, SEKARANG mcm mana??? sms Dr, zubir pun x pernah dia reply... mcm mana nak percaya dan nak maju org MELAYU ni!!!!!!

Adif Firdaus said...

Dr. zubir scammer.. penipu Dr. zubir yahya

wawan mohd said...

DR ZUBIR PENIPU BESAR SEBENARNYA, DH LAMA DIA NI JD PENIPU SBLM NI DH BYK SYARIKAT DIA BUAT...AMBIL TINDAKAN SEGERA, BUAT REPORT UNTUK SIASATAN BUKIT AMAN DH ADA TERBACA DRP BLOQ

amrandcl said...

dah agak dah

Post a Comment

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes